Chauffeur / Pemandu Peribadi (Yee Lee Edible Oils Sdn. Bhd.)- Ipoh, Perak
Yee Lee Corporation Bhd. ยท Ipoh, Malaysia, MY
Checked against dover. Still accepting applications.
- Location
- Ipoh, Malaysia, MY
- Posted
Jawatan ini beralamat diTasek Industrial Estate, 31400 Ipoh, Perak. Sila semak jarak perjalanan sebelum meneruskan permohonan anda.
_Gaji ditawarkan: Gaji asas + elaun + OT (Gaji asas berdasarkan pengalaman anda)_
Objektif Pekerjaan:
Memberikan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai kepada Pengarah dengan memastikan ketepatan masa, kerahsiaan, dan perkhidmatan peribadi yang berkualiti tinggi. Selain itu, menyelenggara kenderaan Pengarah dan membantu dengan tugas-tugas rumah umum termasuk berkebun, memangkas pokok, dan menyelenggara kolam ikan.
Peranan & Tanggungjawab Utama:
- Membawa Pengarah dengan selamat ke destinasi yang ditetapkan dan menjaga kerahsiaan sepanjang perjalanan.
- Menyelenggara kenderaan termasuk pembersihan berkala dan pemeriksaan penyelenggaraan asas.
- Merancang laluan terbaik dengan mempertimbangkan keadaan trafik, jalan, dan cuaca.
- Membantu memuat dan memunggah barangan atau dokumen apabila diperlukan.
- Mengurus bahan api dan bekalan kenderaan serta menyimpan rekod perbelanjaan yang berkaitan.
Kelayakan:
- Mempunyai lesen memandu yang sah dengan rekod pemanduan bersih serta pengetahuan mendalam tentang undang-undang trafik dan keselamatan jalan raya.
- Sekurang-kurangnya PMR/SPM dengan 1-3 tahun pengalaman sebagai pemandu peribadi atau korporat , diutamakan kepada yang berpengalaman.
- Kemahiran merancang laluan perjalanan yang efisien serta pengetahuan asas penyelenggaraan kenderaan.
- Tahap profesionalisme, kebijaksanaan, dan kerahsiaan yang tinggi.
- Kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
Stop retyping the same form
Upload a CV once, and Otto fills in this application for you.
Try Free Now โ